Saturday, October 17, 2009

Hari Sabtu minggu lepas, 10 okt 09, aku pergi Mahkota Parade bersama-sama Deqlang dan Ayu. Mereka adalah teman bilik ku di asrama. Kami ke sana untuk mengambil gambar dan have fun. Malangnya, ketika itu tiada satu pun remaja-remaja yang beraksi seperti 'breakdance', atau apa-apa saja yang boleh aku snap gambarnya untuk dijadikan gambar aksi untuk assignment ku.

Kami pun naik ke tingkat atas dan 'ter'lihat ada persembahan Tarian India. Jadi, ketika itu Ayu meminta aku untuk mengambil gambar tarian itu. Masa itulah aku terfikir untuk jadikan gambar ini untuk gambar aksi ku. Tapi aku tak berani untuk ke depan sebab ramai sangat. Aku malu, takut dan macam-macam lagi yang ada dalam perasaan aku. Tiba-tiba teringat yang Mr.Wu pernah pesan jangan malu, nak jadi photographer kena berani..uhuhuhu ^_^

Aku ke depan lah akhirnya, walaupun jantung ku berdegup kencang seperti berjumpa dengan kekasih hati..ehhehehe...("o")

Aku snap snap snap dan snap...tapi yang proceed hanya tiga keping saja. Itupun pensyarah ku mahu aku buat yang lain.

Nih gambarnya :







Thursday, October 15, 2009

At Pantai Puteri, Melaka.

Aku ke Pantai Puteri untuk mengambil gambar Photojournalisme. Photojournalisme makna nya setiap gambar itu ada cerita tersendiri. Kalau lebih tepat adalah sesuatu gambar yang kita lihat itu ada cerita di dalamnya. Ketika aku sedang leka mengambil gambar, aku lihat adik lelaki ku sedan asyik membaling buah kelapa yang ada di pantai itu. Jadi, tanpa membuang masa aku terus shoot dan shoot dan shoot. Ini gambar-gambarnya yang sudah aku proceed pada pensyarah aku, dan pensyarah aku terima gambarnya.








Sekian. Kita jumpa di blog akan datang k.
Assalammualaikum.



^_^ My beauty Nature ^_^

Gambar ini aku ambil di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh. Aku pergi ke sana untuk ambil gambar untuk assignment ku. Ketika itu, all my classmate ada bersama-sama mengambil gambar di sana. Banyak yang dapat aku ambil, dan alhamdulillah banyak juga yang Mr. Wu terima. Walaubagaimanapun, bukan semua yang perlu aku hantar kepadanya, keran perlu dipilih dan dicuci untuk projek fotografiku.
Ini antaranya 'Nature' yang telah aku snap :




.




Assalammualaikum

Nama ku Nurul Atiqah bt Hanozzy. Aku pelajar Kolej Yayasan Melaka, dalam jurusan Diploma Teknologi Animasi. Aku minat dalam Fotografi. Pensyarah yang mengajar aku dalam subjek fotografi namanya Mr. Wuu Shyong, berbangsa Cina. Beliau berpengalaman dalam fotografi dan akan selalu mengkritik gambar-gambar yang aku dan rakan-rakan ku proceed kepadanya. Kadang-kadang beliau akan memuji dan kadang-kadang sebaliknya. Aku terima semua kritikan yang diberinya kepada ku dengan positif. Aku akan berusaha memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada gambar-gambar ku. Next time I will show my picture for you all. Assalammualaikum.