Tuesday, March 13, 2012

::charcoal washes::

Hi assalammualaikum peeps... hari tuh i pergi makan nasi arab kat seremban. Waaah, gembira sangat nih.
Di Restoren LAZEEZ ^_*
Sementara nih, i nak bagitau,i pergi DAISO BM..then, jumpa barang yang i nak sangat - sangat beli.. Ape tuh kan? ehehe
ehehhe...ini lah dia.. Charcoal Mask (Mask Arang)..beli 2sekali...nnt lmbt restock lagi! Nak tau apa fungsinya? MASK NI SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT ,DIGALAKKAN UNTUK KULIT SGT2 BERMASALAH ** mask ni dibuat dari arang **sangat untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak ** kulit berminyak adalah punca masalh jerawat ** bertindak meransang penghasilan tisu-tisu baru dan memudahkan detoxifikasi ** ** ada masalah white head,black head ,di syorkan menggunakan mask nih k
Mask yang cik guzel dah pakai dan cabut... Rasa lega sangat.. Kulit cik guzel xlah selicin pinggan yg dah dicuci dengan SUNLIGHT tapi kulit i rasa segar dan selesa lepas menggunakannya...
Cik guzel guna 1 set produk dari Jepun nih.. Cari kat kedai Daiso k...Daiso nih menjual barangan dari Jepun. Macam- macam barang yang korang boleh dapatkan di sana, seperti barangan plastik, perhiasan, hadiah, kosmetik, dan sebagainya. Yang PENTING!!! DAPATKANNYA SEMUA DENGAN HARGA RM5 sahaja.. Okey lah, dah time balik keje nih.. Assalammualaikum dear. mmmuahh3 :-*

Misteri kehilangan Nurul Nadhirah 2012

::: AL- FATIHAH BUAT ADIK NURUL NADIRAH - DI BUNUH & DI BAKAR ::: JOHOR BAHARU : Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya. "Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini,Isnin. Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac. Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam.Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu. Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. ::: kejam nyer ....apa lah dosa kanak2 kecil nie sampai begitu kejam....Ya Allah berilah balasan setimpal pada golongan yang kejam itu. share from fb Mohamad Rosidi ^_^