Monday, May 21, 2012

:: Concealer Concealer Concealer ::

Okey peeps, salam.. hows ur days today. Hope u all enjoy and happy with ur day. ehehe OH my ENGLISh..ihihii sorry my english is broken. uhuhu :( Nk ckp psl concealer.. Bfore nih, aku xpenah pown pk psl Concealer.. Tp, bila the day hampir tiba, ya allah.. muka aku naik jerawat bnyk n besar2 gituh. Malu nya aku. So, aku buat keputusan untuk minta kak ina makeup kan aku..juz simple makeup, biar look natural. Tp dia busy sebab dye mak andam kan. So, aku minta nasihat mak andam yang aku rapat nih. Akak nih beritahu yang aku boleh cuba concealer. Dia suruh aku cuba product REVLON.. mahal lorh kakak. Lain? erm dia kata try avon. Aku pown kira setuju lah. Tetiba ibu call, dan tanya aku nk beli Concealer atau x.. brand Silky girl.. aku pown kata okey lah. Yg avon tuh pown tah bila aku nak p bli an... Erm, tapi aku xreti pakai. Nanti tiba hari itu, aku nk ibu yg makeover muka aku nih. Ibu..makesure xnk tebal okey. Kika bukan nk pegi GlammDinner.. ehehhe sini aku ada baca pasal 3 pilihan selain Concealer untuk menutup noda- noda atau jerawat pada wajah kita..
haa..tuh yg silky girl punye. Harga dalam RM 14.90 selepas diskaun. Concealer adalah krim yang warnanya sama dengan kulit, yang disapukan di atas jerawat atau noda pada wajah untuk membantu menyembunyikannya. Namun, concealer sebenarnya boleh menyebabkan kamu mengalami masalah kerana terjadinya penyumbatan pada pori-pori. Berikut adalah tiga alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti concealer: 1. Krim Sulfur Krim Sulfur merupakan krim yang berwarna kuning muda dan digunakan untuk menutupi jerawat mahupun noda pada wajah. Krim ini tidak seperti concealer yang sama warna dengan kulit kamu. Sebaliknya, warna krim sulfur berfungsi untuk menyamarkan warna kemerahan pada jerawat. Bukan itu sahaja, krim sulfur juga boleh berfungsi untuk mengeringkan jerawat sehingga mempercepatkan penyembuhan. 2. Bedak Asas (Foundation) Salah satu penyebab munculnya jerawat adalah bakteria atau peluh yang menempel pada wajah dan diserap oleh kulit wajah. Setelah membersihkan wajah dan menghilangkan masalah pori-pori yang tersumbat, memakai bedak asas yang sesuai dengan warna kulit wajah akan menutupi noda tersebut. Bedak asas mungkin hanya menutup tipis jerawat tetapi cukup untuk menyamarkannya. 3. Tinted Moisturizer Tinted moisturizer selain berfungsi menutupi noda pada wajah, juga memperbaiki struktur kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi segar serta halus. Berbeza dengan pelembap biasa yang bersatu dengan warna kulit, tinted mosturizer memiliki beberapa pilihan warna berbeza yang boleh disesuaikan dengan kulit kamu. Hope the day i not dissapointed.. Ya allah, give me a MIRACLE. Link aku dapat dari ----> Majalah Remaja Isu 15 Mei 2012

No comments:

Post a Comment