Thursday, July 12, 2012
Apa itu Merisik?
Assalammualaikum semua.. okey, hari nih saya nk cerita tentang Apa itu Merisik?
Nape tajuk nih? sebab nya, bulan 5 rituh saya sudah mula sibuk mencari di Encik GOOGLE ''Apa itu Merisik?''. Kebanyakan nya yang saya dapat entry nya di blog. Thanx pd si pemblogger ya for ur info yg sgt berguna utk saya. Okey, mmg saya xdek nk tnye pd org lain sbb sye segan. Lagi2 saya ank sulung. Tanya ibu pown, ibu kata kalo dulu2 ibu tau ler nak, zaman skunk ibu xtau. Now, ibu n ank dah pening. ahahha okey, jgn pening2 k. Baca jek kt blog nih. Saya nk berkongsi situasi saya masa dirisik oleh rombongan buah hati saya tuh. Dari mana? ehehe jauh lah jgk dr negeri saya. hik3. ok abaikan negeri mana k.
Ulasan ini di jawab oleh ustaz.
Disini saya mempunyai kemusykilan mengenai adat merisik dan bertunang adakah adat merisik itu perlu dari sudut Islam atau ianya hanya adat orang-orang melayu. Dan adakah boleh ketika adat merisik itu boleh di sertakan sekali majlis bertunang. Ini kerana kedua-dua majlis itu memerlukan masa dan sumber kewanganyang mana dalam keadaan ekonomi sekarang ini kebanyakkan orang akan meminimunkan kos. Sekian saja pertanyaan saya?
'Siti Shafiqah, Mersing'
Jawapan:
"Di dalam Islam memang disuruh merisik terhadap wanita yang ingin dikahwini. Tujuannya adalah agar mengetahui kedudukan wanita tersebut. Apakah ia tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal. Pihak ketiga yang mewakili pihak lelaki hendaklah orang dapat dipercayai ataupun orang yang boleh berlaku adil agar tidak timbul fitnah di kemudian hari. Bertunang dalam istilah melayu samalah dengan merisik atau melihat keadaan wanita sebagai calon isteri. sedangkan bertunang yang dipraktik oleh kebanyakan orang pada saat ini telah menyimpang dan menyalahi syarak.
Pertunangan bukanlah membolehkan seseorang itu untuk berjumpa, kemudian boleh dibawa ke sana kemari. Pertunangan samalah dengan merisik masa yang digunakan untuk membuat keputusan samada setuju ataupun tidak. Jika telah setuju maka permudahkan dari segi mahar agar perkahwinan dapat segera dilaksanakan. Sedangkan budaya hantaran dengan menggunakan wang beribu-ribu ringgit sehingga membebankan pihak lelaki bukan perkara sunnah dan hanya menimbulkan kesukaran baik dari pihak lelaki mahupun perempuan."
Selain iitu, Selalunya merisik nih, hanya kedua2 ibu bapa sebelah laki2 akn dtg kerumah sang bunga untuk menyunting bunga ditaman. Ahhaha ayt xtahan. Cukup hanya ibu bapa yg dtg waktu tuh. Tp, mcm saya rituh, rombongan lelaki ramai lah jgk. Ada 4 kete semuanya. Ya allah ramainya. Nape ramai cmnih sekali. Makin ketaq kaki saya mse dengar sore yg riuh tuh. Disebabkan ibu dan bak 1st time, kami ajak lah paklong n maklong dan dua2 nenek sama2 mse tuh. Erm, masa tuh saya duk dalam bilik jek. Hey peeps, nih 1st time jumpa famili buah hati taw. Xpernah sekali pown jumpa mse kami bercinta tuh. Buah hti bnyk kali nk bwk p blk kg dye, tp saya xberani. Lgpown sye pikir, malu sgt. Belum ade ape2 nk jumpa2 napenye. Mybe uols kata otak saya kuno skit an.. an3?? ehehe lantak lah. Tp siyesli, saya sgt malu utk jumpa famili dye selagi belum ade ape2 hubungan. Sampai lah saat merisik nih bru kami dipertemukan oleh Allah swt. Syukur allahim.
Masa majlis merisik nih, jerawat saya telah membanjiri di pipi ku. Oh My Pipi.. ehehe
ha tgk ler nih
Dulu2, org- org tua dtg merisik cmnih..ank tertinjau2 di pintu bilik..
tapi sekarang xdek tgu2 dlm bilik dah.. Kita nih disuruh keluar. hekhekhek.. :)
Tiba- tiba ibu panggil suruh keluar, aku pown keluar then tanya ibu 'nk uat apa bu?' ahaks.. ibu tepuk dahi mse tuh.. 'ya allah, ank aku..pegi ler salam dorang tuh'. Kah3. Sumpah xtau. Allah jek yg tau perasaan aku masa tuh. Macam mne kegigilan kaki utk berjalan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam mereka semua. Selesai semua aku salam, menonong (melulu) jek aku jln nk msk bilik balik. Ahahaha, ibu tahan and said 'nk g mne nak?, tunggu jap'. Jap lagi bakal mak mertua panggil duk depan dye, ehem2. cewah3.. ahahhaha. malu seyh. Otak aku kosong kosong, kosong (ala2 najwa latif) ehehe..
aku pown pegilah duk depan dye.. Mnx tangan aku plak tuh.. owh upenye dye nk sarung cincin lah.. hik3.
Tersarung lah cincin risik di jari manis ku.. cewah3.. Jom tengok adegan2 saya masa nk bersalaman kuarga buah hati..meyh3 ^_* bakal mak mertua sarung cincin kat luar bilik jek..zaman dulu2 an dalam bilik.. ehehe meyh tengok nih.
tangan yg comel nih bak & ibu gelarkan jari bengkok- bengkok.. ehhehe saya ade, awk ade?? ehhehehe
haa..terbongkok- bongkok aku nk salam semua bakal famili aku tuh.. ihihi
Muncung2 mulut aku bercakap..bukan ape, aku ckp dgn maksu yg bju biru tuh, cincin nih longgar lah plak. Rituh bg contoh cincin kt mak buah hti mmg size aku. Erm, myb aku yg dah kurg lemak kot. Lgpown aku mmg dalam proses diet mse tuh. xpelah, pakai jek jari tengah nih. ^_*
Adq2 sepupu pown sama sibuk nk tgk cincin saya. ehehhe
okey, itu gmbrnye.. sedikit gmbr lagi untuk pembaca blog saya.. thanx pd yg membaca, harap catitan sye nih membantu uolz..
Tentang hantaran untuk merisik tuh, xperlu pening2... sang kumbang dan si bunga tuh boleh lah beri buah tangan seperti buah- buahan, kek buah, cupcakes, kuih bahulu yg bercorak2 dan sbgnya. Just a simple gift. One things!!! si lelaki kena lah bawak sebentuk cincin tanda your girl sudah di cop masa majlis nnt k..
Selamat dirisik utk si bunga dan si kumbang selamat juga utk merisik si buah hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment